Perhatian!

TERIMA KASIH KERANA MENYINGGAH DI BLOG INI. TETAPI ANDA DILARANG MENGGEDIK. CCTV DIATAS SEBAGAI BUKTI. HEHEHEHE

CCTV

Erna Shahira

Thursday, May 12, 2016

Nak jalan-jalan, tapi salah mall !!



Assalamualaikum semua. Huhhh penatnya harinie jalan-jalan dengan my le girls. Eh dah pukul 12:00am nie bukan harinie lah kan, tapi semalam. Okay yang penting tarikh 11/5/2016 hari Rabu..

What if, niat nak berjalan-jalan memandangkan semalam masing-masing dah mintak cuti kerja. Apa lagi beb, kereta pun ada.. Jalannn!! huhuhu.. Okay, kalau sape yang rajin stalk ena nie, memang tahu yang ena nie memang suka berjalan-jalan. Ehh jalan-jalan tak semestinya kena shopping ye tak? Sebab sekarang nie kena belajar berjimat. Course yang ena ambik kan banyak pakai duit, taknak harapkan duit parents je. Opps, lari dari tajuk pulak. Actually, nak sampaikan story nie sebab nanti bila 10 tahun akan datang (kalau dipanjangkan umur), ena akan buka blogger dan baca balik apa yang ena tulis nie. Dan ena akan teringat semua kenangan tu..

Kereta dah ada, masing-masing dah mintak cuti. Okay siap! Ena datang rumah Tiera parking motor. Disitu ada Kak Pah dengan Tiera. Okay actually Tiera tu kami panggil Bobot, so tukarlah eh Tiera tu jadi Bobot sebab tak biasalah panggil Tiera. Hehehe.. Then janji melayu nya pukul 9:30pagi, pastu katanya lambat sikit so jadilah pukul 10pagi pulak. EH biasalah, bila cakap pukul 10, nanti sampai 10:30 lah kan. Hahahaha katanya anak melayu, janji melayu ahh.. Teringat my ex kata, ena nie tak pernah nak tepati masa, selalu lambat kalau ajak dating. Kahkahhh haihh sudahlah, nak ingatkan lagi buat apa. Okay, pastu kami on the way ke Kanchong nak ambik Ika. Yup.. kami pergi berempat je, semuanya le girls. Huhuhu pewwit sikit hahaha mengada okay bye.

Dah sampai rumah Ika, then kami teruskan destinasi kami ke .... (masih lagi tak decide) huhuhu bedal jelah ikut driver nak pi mana, so katanya nak pi SACC lah kononnya. Okay tapi lupa jalan.. Kiteorang (ena, Ika, kak Pah) lagilah taktahu jalan nak kesana, lesen pun takde lagi, mana pernah sampai sana ye dakk. So macam mana nak ke sana nie? Ape lagi, google maps lah.. Punyalah sampai dua handfone buka maps, adalah jugak sometimes tu confused sebab salah masuk jalan (maps loading sokmo), rasanya dah dekat dua jam duduk dalam kereta, ulang alik bayar tol pehh sakit bont*t weh duduk lama-lama dalam kereta.. Hahahaha sambil sesat tu nyanyilah lagu-lagu untuk hilangkan bosan dan mengantuk..

Okay, setelah ikut maps, sampaila kami ke destinasi yang kami nak tuju. Yaa.. betul nama mall nie, SACC.. Tapi ada apa?!!! Sekali bobot call kakak dia, rupanya nama mall tu "Setia City Mall".. Whatt?!... Hahahahaha masing-masing tergelak dalam kereta. Rupanya salah taip nama mall daaa.. Kan dah jauh terlajak sampai ke Shah Alam hahahaha ape dahh. Minyak kereta pun dah nak E sebab pusing sana sini.. so pergilah isi minyak. What if, masa nak isi minyak, pekerja tu suruh buka sebab dia nak tolong isikan minyak. I said to bobot

"wehh bobot bukalah cepat"
Bobot: "aku dah tekan lah"
Pekerja: Tekan kuat sikit
Bobot: Aku dah tekanlah wehh, eh yang mana satu nie?
*kebetulan Kak Pah datang (baru lepas bayar duit minyak dekat kaunter)
Kak Pah: Kau buka yang mana satu nie?
Bobot: Ini.. Entah, semua aku tekan..
Kak Pah: Itu kau buka bonet lahh..!

Hahahahaha memang semua gelak gila-gila dalam kereta tu. Serious weh, sakit perut gila masa gelak masa tu. Act susah nak cerita situasi macam tu right? Orang yang alaminya mesti faham apa yang ena cuba nak sampaikan. Okay apa-apa jelah kan, then teruskan perjalanan sampai lah ke mall yang sebeno-beno nya kiteorang nak pi. Alhamdulillah, sampai jugakkk. Sampai-sampai je, parkinglah kat dalam kan, okay kami ingat parking kami 22E.. Then terus pergi kat tempat lif dan cari kedai makan. Gila ko pusing-pusing sampai sesat, semuanya kelaparan. Hahaha time tu pulak waktu lunch, memang penuh lahh.. sokay, then makan jelah kat McD. Betul-betul lepas kiteorang beli Mcd, fiuuuhhh budak sekolah serbu.. I said dekat ika "kenapa ramai sangat ehh budak sekolah kat mall nie?" Ika pulak cakap "nie budak balik sekolah nie".. Then i said "dasyat eh budak sekolah zaman sekarang, balik sekolah je terus pi mall.. zaman kita takde pun macam nie.. hahahaha".. Then sambil makan sambil berborak.. Kemudian dah habis makan tu, nak jalan-jalan kat mall tu, then teringat pasal bayaran parking, takutlah kena charge mahal ke kan sebab lama jugak makan lepak kat mcd tu. Okay pergilah cepat-cepat bayar, rupanya.. ek elehh RM0.00.. Ehh tak payar bayarlah, okay jom sambung masuk balik. Hahaha tapi takdelah masuk mall tu balik, inagt nak terus balik sebab nak pi Aeon, Klang nak beli barang..

Okay semuanya dah ready nak balik, so cari tempat kat mana kami parking kereta.. okay ingat 22E.. Bila dah naik lif, "ehhh nak tekan tingkat berapa nie?" "alamak aku lupa nak tengok tingkat berapa kita parking kereta tadi!" .. "Aku rasa dekat P4 lahh, serious.." okay tekan jelah button P4 tu, then cari-cari "Alhamdulillah" .. Haa tu ada number 22E! Tapi Ika dengan Bobot taknak percaya.. Diorang taknak ikut. Okay fine, Ena dengan Kak Pah teruskan pergi ke sana, tapi masih tak tengok lagi ada keretanya ke tak sebab nak tengok Ika dengan bobot ikut ke tak, so kami menyorok kat tepi. Finally diorang ikut jugak. Hahaha then bila nak dekat tempat parking 22E tu, ehh kereta takde!!!!! Macam mana nie?! Pastu bobot kata "Aku rasa kat tingkat 3 lah wehh.. setiap tingkat ada 22E tu, cumanya tingkat lain-lain".. Ena dengan kak pah pun "alaaa yeke.. terlebih yakin pulak kiteorang.. hehehe" kesian masing-masing muka penat sebab cari kat mana kami parking kereta hahahaha serious lawak.. Boleh pulak lupa kat mana parking kereta, alamtnyee tak balik lah kau nakkk oii hahaha. Then kami pun tekan button "P3" then tengok ehh ada 22E jugaklah! Huhuhu kali nie memang betul, ada kereta kancil disitu. Hahahaha okay penat, jom balik. Eh tak, jom pi Aeon pulak. Time nak balik tu still tengok Maps jugak, tapi takdelah sesat macam tadi tu, serious itu memeningkan kepala otak aku, berdenyut-denyut rasanyaaa.

Lepas je keluar dari mall, tetiba jumpa satu tempat nie. Ya Allah, cantiknya tempat nie. Okay, berhentilah sekejap nak selfie. Huhuhu bukannya selalu pun kan pergi tempat-tempat macam nie, dengan kawan-kawan pulak tu.. Alaaa sebenarnya dekat depan mall je tu, yang ada padang luas. kat situ je sebenarnya.. hehehe tapi serious lah cantik beb. nasib baik bawak kamera, bolehlah acah-acah photoshoot sikit. Dah lama kamera tu tak digunakan sejak dah cuti sem nie. sokay, dah puas photoshoot, kami pun teruslah ke kereta nak balik.. eh ke Aeon Klang lahh..

Sampai Aeon dah, okay masing-masing kehausan, pergi ke Arena (makanan&minuman) untuk beli minuman. Rest kejap kat situ, dan sambung cari barang. Bobot nak cari baju, Kak Pah pulak nak pi beli buku sebab nak habiskan boucher buku. Okay, so nak jimatkan masa terpaksalah berpecah. Ika ikut bobot dan aku ikut kak pah pergi "Popular" nak cari buku.. Haaa nie pun satu masalah, boucher buku diberi, tapi kami nie student nak beli buku yang ada kaitan dengan course kami tu takde. Okay sebagai contoh aku ambik bidang printing, so tadi trylah tengok kat sana, macam takde je. Sebab sebelum nie pun pernah cari jugak, tapi takde. Teringat kata lect buku macam tu selalunya diimpot dan mahal harganya. So ape nak buat dengan ini boucher? Terpaksalah bagi adik-adik. Macam takde function je kalau bagi kat kami tapi buku nya takde. Dah lah cuma boleh beli buku sahaja, sekurangnya please lah bagi beli stationary. Untuk adik-adik pun senang sikit nak bagi. Hm so habiskan boucher tu dengan novel jelah. Sebab takde benda nak beli.. Nak beli buku untuk sem depan pun langsung takde kena mengena. Hm itu sedih. nak tukar boucher tu jadi duit, sayangnya rm50 burn macam tu je, sokaylah adik-adik boleh guna, so taknaklah tukar duit. Ehh amboii marah sokmo sampai lari dari tajuk cerita.. Okay, tapi kali ni kak pah je yang nak beli, sebab dia bawak bucher tu.. Ena punya tertinggal kat rumah sebab tak rancang pun nak pi sini, kalau tahu awal-awal lagi dah bawak boucher tu.. Sokaylah, so temankan kak pah beli buku. Dia pun taktahu nak beli buku apa sebabnya buku kat situ takde kaitan dengan course dia, so belilah buku masakan, novel, dan Al-Quran terjemahan yang kecil tu.. Then kak pah suruh ena ambillah satu buku.. Ena taknak sebab ena pun ada bucher, cuma tak bawak je.. Dia kata takpe, lagipun dia pun dah taktahu nak beli apa, kalau tak guna sayang pulak kan sebab rm250.. wuuuu.. so ena ambik jelah apa-apa buku, i've decided ambil satu novel nie bertajuk "Pencuri Cinta Kelas Satu" haaaa kelas kau jahhh! Yang menariknya aku baca satu ayat nie sampai aku ambik buku nie nak beli. Ayat tu "Dia buat aku teruja. Dia buat aku tertawa. Dia curi cinta aku dengan jayanya..".. Masatu bukannya apa, cuma teringat dekat seseorang yang berjaya mencuri hatiku.. ecehh ecehhhh.. Then kira-kira berapa harga buku-buku yang dah diambil, okay baru rm137 agaknya lah kot *tak ingat*.. Okay bila boucher guna rm150, so baki dia taknak pulangkan, kalau lebih, boleh guna duit sendiri. Okay so pergla cari komik ke ape ke kan sebab nak cukupkan rm150 atau lebih sikit. Ambik komik sampai dua, sampai kat kaunter, pekerja tu kata boucher tak boleh ambil komik. Kak Pah pergi pulangan balik kat tempat asalnya dan ena tunggu kat kaunter. Tak lama lepastu kak pah datang bawa buku. Okay check berapa harga semuanya, baru rm147 berapa posen entah, pastu pekerja tu bagi ape entah untuk cukupkan rm150. Then kat situ, ena nampak pekerja tu hala kan boucher tu pada chaya berwarna biru. Sebab apa? sebab nak tengok boucher tu ori ke tak. Masatu teringat masa pi lawatan ke percetakan terbesar di malaysia (taknak mention sebab nanti keluar kat link syarikat tu) ada tunjuk yang rahsia di dalam kertas dan cahaya uv. Adalah rahsia nya, pekerja syarikat masa lawatan tu dia tak boleh nak cerita semua. Tapi sebagai student priting mesti kena tahu basic nya, so dia cuma cerita sikit je. Okay misi selesai, cukup ngam-ngam rm150. Yang lagi rm100 tu simpan dulu sebab kalau habiskan semua, memang berat gila woo nak angkat buku tu.. Btw, terima kasih kak pah sebab belanja novel cinta. huhuhu

Aaaaahh finally, balik rumah!!! Ehh siapa kata balik rumah? Belum lagi der. Singgah pasar bb dulu. Hahaha serious ahh? Dengan pakai gaun macam nak pi photoshoot, pastu berjalan kat pasar. Ingat semua orang tak pandang? tapi aku peduli hape, suka hatilah.. Hahahaha then ambik motor kat rumah bobot, terus balik rumah. Memang bawak selaju mungkin lah sebab dah nak maghrib. Tapi risau jugak sambil tu doa-doa supaya motor tak mati sebab minyak dah E gila!! Haaa lagi risau masa kat jalan ubi yang sunyi gila tu. Pehh doa banyak-banyak masatu supaya motor tu tak mati. Alhamdulillah, lepas dari jalan sunyi tu, then berhentilah kat satu kedai nie beli minyak motor, huhh settle masalah. Risau motor mati je, dahlah nak maghrib, mana ada orang lalu lalang sangat. Battery handfone pun dah mati, seharian berjalan pegang handfone, power ban pun lupa nak bawak, haaa hambikk..

Okay, dah penat menaip sebenarnya. Penat & mengantuk sebab dari balik hang out dengan girls sampai sekarang tak rehat. kalau ada typo typo tu janganlah gelak ehh, fahan-fahamlah ayat tu ehh. Huhuhu okay done for today. Kenangan yang takkan ku lupa kan. 10 tahun lagi akan aku baca.. In Syaa Allah kalau dipanjangkan umur. Okay goodnight evelibaldiiiiii. Muahhh



No comments: