Perhatian!

TERIMA KASIH KERANA MENYINGGAH DI BLOG INI. TETAPI ANDA DILARANG MENGGEDIK. CCTV DIATAS SEBAGAI BUKTI. HEHEHEHE

CCTV

Erna Shahira

Tuesday, November 11, 2014

K A W A N




Assalmualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Thanks kepada sesiapa yang setia membaca blog Erna yang tak berapa nak best macam blog orang lain. Today tak tahu nak update pasal apa, tapi tetap jugak nak cerita something yang tak tahu apa tajuknya. Kihkihh. Btw, today nak cerita pasal ape eh? Erna sendiri pun tak tahu nak cerita pasal apa. Hm

Haaa, Erna tahu nak cerita pasal apa. Hihi tentang “KAMI”. Iaitu tentang kawan-kawan yang gila-gila perangainya, buat perkara bodoh sama-sama, susah dan senang bersama, dah berkawan lama, bestie, berindu-rinduaan, kepanasan dan kehujanan bersama, tidak pentingkan diri, tak lupakan kawan lama bila jumpa kawan baru, dan paling penting tak tikam belakang kawan sendiri.

Kawan? Kawan memang ramai. Ya, memang ramai sangat. Tapi kawan yang ada disisi kita masa kita susah tu boleh dikira dengan jari je. Tak ramai pun sebenarnya. Kawan yang selalu ada bila kita susah atau kita dalam masalah, itu namanya kawan sejati. Kawan until jannah. Zaman sekarang memang susah nak cari kawan yang macam nie. Kebanyakkkan semuanya palsu. Fake! Ada sesetengah orang berkawan dengan kita cuma bersebab. Dan yang paling sedih, dari pengalaman Erna sendiri, ada yang berkawan dengan Erna sebab Erna budak hot di Facebook? Mana ada! Korang belum jumpa budak yang lagi hot tahu. Like tak seberapa pun dikata hot. Hm tapi tulah, tak sukanya bila ada orang kawan dengan kita tu hanya bersebab. Rasa macam dia berkawan dengan kita tu tak ikhlas.

Terasa hati dengan kawan sendiri tu biasalah kan? Gaduh pun sekejap je, lama-lama baik berbaik balik. Alaaa biasalah tu, mula-mula je macam tu, nanti dah faham dengan perangai kawan sendiri, kita pun akan faham yang dia merajuk dengan kita mungkin sebab dia nak perhatian daripada kita, nak kita sentiasa ada disisi dia bila dia ada masalah. Kadang-kadang bila aku tengah bersedih, like ada masalah dengan bf or sebagainya, TRUE FRIENDS only akan datang dekat dengan Erna dan bagi kata-kata semangat. Sometimes mereka hiburkan Erna dengan membuat mimik muka yang menggelikan hati, itu membuatkan Erna terus ketawa even tengah bersedih pada masa tu. Aww indahnya hidup Erna kalau dapat memutarkan balik masa kembali ke zaman sekolah yang mana Erna selalu menghabiskan masa lepak dengan kawan-kawan berbanding belajar. Hahaha! Memang seronok! :’)

Bercakap pasal kawan yang tak ikhlas berkawan dengan Erna nie, Erna pedulikan je. Erna Cuma cari kawan yang ada ketika Erna susah je. Itu baru namanya kawan-kawan Erna. Yaa, Erna dah jumpa, dan Erna takkan lepaskan mereka. Mereka tersangat baik. Pernah satu haritu, kami (Erna, Ika, Bobot, Pika, Kama) jalan-jalan di Banting, then kami ‘dikejar’ oleh orang mana entah, sambil lari tu memang tak ingat apa-apa, yang penting LARI!! Bila dah selamat, Erna check duit dalam poket, tak ada satu pun yang tinggal. Hmm gila! Ini semua pasal orang gila yang kejar kami tu. Huh. Macam mana nie? Then malas sebenarnya nak cerita dekat kawan-kawan sebab tak nak menyusahkan mereka, tapi terpaksa jugak cerita sebab mereka nak collect duit untuk main bowling. Then masing-masing bawak duit cukup-cukup, nak belanja pun tak boleh. Lastly, Ika yang belanja main bowling. Hihi thanks sayang :’*




No comments: