Perhatian!

TERIMA KASIH KERANA MENYINGGAH DI BLOG INI. TETAPI ANDA DILARANG MENGGEDIK. CCTV DIATAS SEBAGAI BUKTI. HEHEHEHE

CCTV

Erna Shahira

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru.. Cikgu!



Assalamualaikum.. Hi warga blogger. Ada sihat ka? Haaa kecoh kat moment wechat wish Selamat Hari Guru. And paling banyak moment bila selfie dengan guru kesayangan masing-masing.. Yaa, tak lupa juga pada semua guru-guru dan lecturer yang telah mengajar ena selama nie.. Dari sekolah tadika sampailah sekarang..
- Tadika Islam Balqis
- Sk Bandar
- Kafa Integerasi Kg Sawah
- SMK Jugra
- Kolej Unikop
- P.M.S (malas nak tulis panjang2 sebab takut keluar kat link.. huhu)

Selamat Hari Guru.. Terima kasih kerana mendidik budak nakal nie sehingga dia berjaya sampai sekarang.. Alhamdulillah, berkat usaha guru-guru & lecturer yang mengajar saya selama nie, saya tak percaya yang saya boleh mencapai kejayaan macam nie. Alhamdulillah, memandangkan result pointer baru keluar minggu lepas, nak cerita serba sikitlah.. Sem 1,2 & 3 nie Alhamdulillah dimurahkan rezeki untuk mencapai 3 pointer keatas. Dan pada semester 2 & 3 sekarang nie, Alhamdulillah masih memegang Anugerah Dekan! Dan semester 3 makin tinggi pointer nya. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Memang terkejut jugak dan tak sangka.. Ini semua berkat lecturer yang tak putus-putus mengajar saya dan rakan-rakan hingga berjaya. Harap-harap sem 4 nanti makin menaik pointer tu. Selain nak banggakan lecturer, course yang diambil.. nak juga membanggakan kedua ibubapa.. Tak sabar nak tunggu sem 4 nanti. Welcome senior. Wah wahh.. Btw, masih terkejut berok lagi sebenarnya dengan keputusan yang keluar minggu lepas. Berbaloi jugak lecturer tak suka cancel kan kelas. huhuhu.. Tak lupa juga pada cikgu-cikgu sekolah menengah dan sekolah rendah.. Terima kasih cikgu.. Selamat Hari Guru.. Cikgu!

Dan berita sedih, saya minta pada awak awak yang baca blog nie, hmm please doakan kesembuhan kepada Bekas Cikgu sekolah saya iaitu Cikgu Baharuddin. Last saya dapat berita tentang beliau, beliau berada di ICU di Hospt Banting. Ada seseorang update moment bercerita badan cikgu dipenuhi dengan wayar-wayar. Allahu... bukannya tak nak cerita apa puncanya dan kenapa beliau masuk ke hospital, selagi tak dapat berita yang sahih, tak nak update takut jadi berita palsu pulak.. Hm so biar yang tahu saje tahuu..

Cikgu.. cikgu ingat tak cikgu lahh guru yang terakhir menjadi guru kelas kami di Tingkata 5 Teknologi. Cikgu masih ingat saya lagi tak? Hmm saya yang duduk belakang sekali dengan Pika dan Ekin. Saya ingat lagi masa awal-awal tahun tingkatan 5 tu, bila cikgu start mengajar Bahasa Melayu dalam kelas kami, saya, Pika dan Ekin selalu tidur dalam kelas.. Sampaikan bila periksa pertengahan tahun kadang-kadang Bahasa Melayu dapat C+ dan B.. Tak pernah pun dapat A.. Serious.. Sampailah SPM nak dekat, masatu terpaksa segarkan mata untuk fahamkan apa yang cikgu sampaikan. Cikgu selalu bagi kerja rumah.. Setiap kali cikgu masuk kelas, cikgu akan bagi satu tajuk sebagai kerja rumah untuk kami tulis karangan. Bila hari keesokkannya, cikgu suruh hantar sebab cikgu nak check karangan kami ada peningkatan ke tidak. Dan lepastu, cikgu bagi lagi kerja dan lagi.. Masa tu saya dah seronok buat karangan sebab saya dah faham apa yang cikgu cuba sampaikan sebenarnya.. Saya cuba nak dapat A untuk SPM yang betul-betul. Nak buktikan dekat cikgu yang pelajar yang selama nie tidur dalam kelas cikgu dan tak pernah dapat A dalam subjek cikgu boleh dapat A.

Sebelum SPM kertas Bahasa Melayu mula, punyalah baca doa banyak-banyak supaya target kali nie nak dapat A. Masa dapat je kertas, saya teringat pesanan cikgu "baca soalan betul-betul. Tengok apa yang dia nak..". Masatu punyalah fokus baca soalan sampai nyamuk gigit pun tak rasa sakitnya, dan mulakan menjawab dengan Bismillah.... Saya cuba menjawab soalan tepat pada masa habis. Taknak berhenti jawab soalan tu awal.. Sebab dah target nak dapat A..

Bila keputusan SPM dah keluar, semua pelajar berkumpul di dewan sekolah, macam biasa guru kelas yang mengagihkan keputusan SPM. Cikgu... Cikgu Baharuddin guru kelas kami, semasa cikgu nak bagi keputusan SPM tu, cikgu tengok satu-satu keputusan pelajar kelas cikgu, cikgu tengok pelajaran Bahasa Melayu.. Masa turn saya nak ambil keputusan SPM tu, cikgu tanya, "nama?" Dan saya cakap "Siti Irna Shahira".. Masa cikgu tengah mencari nama saya, saya berdebar dan baca Bismillah banyak kali.. Sebab apa? Takut! Takut keputusan tu menghampakan cikgu..

Cikgu masih lagi mencari keputusan SPM saya, dah jumpa. Then cikgu perhatikan setiap subject.. Cikgu kata: "Nasib baik BM dapat A. Sejarah pun dapat A.. Tahniah.." Masatu saya sempat tengok cikgu senyum tengok keputusan saya. Dan masatulah kali terakhir saya jumpa dan berbual dengan cikgu. Sampailah saya dengar cikgu masuk hospital. Ya Allah.. cikgu, kuatkanlah semangat cikgu.. Saya tahu cikgu kuat. Cikgu.. cikgu ingat lagi tak kelas kita menjadi Johan dalam Kebersihan Kelas Tingkatan 5. Yaaa, 5 Teknologi. Saya masih lagi menyimpan sijil Johan itu untuk cikgu. Berturut-turut Tingkatan 4 & 5 Teknologi menang Johan dalam Kebersihan Kelas.

Cikgu.. Hari nie Hari Guru.. Saya dengan kawan-kawan dan rancang nak melawat cikgu esok. Harap esok saya dapat tengok cikgu senyum macam selalu.. In Syaa Allah kalau tak ada apa-apa, saya datang melawat cikgu esok. Selamat Hari Guru, cikgu! Saya sentiasa doakan cikgu agar diberi kesembuhan.. Terima kasih untuk segalanya cikgu.. Smile :')



No comments: