Perhatian!

TERIMA KASIH KERANA MENYINGGAH DI BLOG INI. TETAPI ANDA DILARANG MENGGEDIK. CCTV DIATAS SEBAGAI BUKTI. HEHEHEHE

CCTV

Erna Shahira

Tuesday, November 11, 2014

K A W A N




Assalmualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Thanks kepada sesiapa yang setia membaca blog Erna yang tak berapa nak best macam blog orang lain. Today tak tahu nak update pasal apa, tapi tetap jugak nak cerita something yang tak tahu apa tajuknya. Kihkihh. Btw, today nak cerita pasal ape eh? Erna sendiri pun tak tahu nak cerita pasal apa. Hm

Haaa, Erna tahu nak cerita pasal apa. Hihi tentang “KAMI”. Iaitu tentang kawan-kawan yang gila-gila perangainya, buat perkara bodoh sama-sama, susah dan senang bersama, dah berkawan lama, bestie, berindu-rinduaan, kepanasan dan kehujanan bersama, tidak pentingkan diri, tak lupakan kawan lama bila jumpa kawan baru, dan paling penting tak tikam belakang kawan sendiri.

Kawan? Kawan memang ramai. Ya, memang ramai sangat. Tapi kawan yang ada disisi kita masa kita susah tu boleh dikira dengan jari je. Tak ramai pun sebenarnya. Kawan yang selalu ada bila kita susah atau kita dalam masalah, itu namanya kawan sejati. Kawan until jannah. Zaman sekarang memang susah nak cari kawan yang macam nie. Kebanyakkkan semuanya palsu. Fake! Ada sesetengah orang berkawan dengan kita cuma bersebab. Dan yang paling sedih, dari pengalaman Erna sendiri, ada yang berkawan dengan Erna sebab Erna budak hot di Facebook? Mana ada! Korang belum jumpa budak yang lagi hot tahu. Like tak seberapa pun dikata hot. Hm tapi tulah, tak sukanya bila ada orang kawan dengan kita tu hanya bersebab. Rasa macam dia berkawan dengan kita tu tak ikhlas.

Terasa hati dengan kawan sendiri tu biasalah kan? Gaduh pun sekejap je, lama-lama baik berbaik balik. Alaaa biasalah tu, mula-mula je macam tu, nanti dah faham dengan perangai kawan sendiri, kita pun akan faham yang dia merajuk dengan kita mungkin sebab dia nak perhatian daripada kita, nak kita sentiasa ada disisi dia bila dia ada masalah. Kadang-kadang bila aku tengah bersedih, like ada masalah dengan bf or sebagainya, TRUE FRIENDS only akan datang dekat dengan Erna dan bagi kata-kata semangat. Sometimes mereka hiburkan Erna dengan membuat mimik muka yang menggelikan hati, itu membuatkan Erna terus ketawa even tengah bersedih pada masa tu. Aww indahnya hidup Erna kalau dapat memutarkan balik masa kembali ke zaman sekolah yang mana Erna selalu menghabiskan masa lepak dengan kawan-kawan berbanding belajar. Hahaha! Memang seronok! :’)

Bercakap pasal kawan yang tak ikhlas berkawan dengan Erna nie, Erna pedulikan je. Erna Cuma cari kawan yang ada ketika Erna susah je. Itu baru namanya kawan-kawan Erna. Yaa, Erna dah jumpa, dan Erna takkan lepaskan mereka. Mereka tersangat baik. Pernah satu haritu, kami (Erna, Ika, Bobot, Pika, Kama) jalan-jalan di Banting, then kami ‘dikejar’ oleh orang mana entah, sambil lari tu memang tak ingat apa-apa, yang penting LARI!! Bila dah selamat, Erna check duit dalam poket, tak ada satu pun yang tinggal. Hmm gila! Ini semua pasal orang gila yang kejar kami tu. Huh. Macam mana nie? Then malas sebenarnya nak cerita dekat kawan-kawan sebab tak nak menyusahkan mereka, tapi terpaksa jugak cerita sebab mereka nak collect duit untuk main bowling. Then masing-masing bawak duit cukup-cukup, nak belanja pun tak boleh. Lastly, Ika yang belanja main bowling. Hihi thanks sayang :’*




Wednesday, October 8, 2014

Masih Belajar ♡




Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.....


Alhamdulillah sekarang aku masih lagi belajar di Unikop nie untuk kos Pra-Dip Perdagangan. Even hanya satu sem je untuk kos nie, dapat classmate macam family sendiri. Insyaallah dah habis pra-dip nie, mungkin nak sambung diploma. Tapi nak sambung kat tempat lain plak. Bak kata Jemah “nak merantau”. Tapi bagi aku, taknak sambung dah, nak jadi suri rumah terus. Ececehh tak adalah. Bukannya taknak sambung, tapi aku nie tak bolehlah nak stress macam nie. Even banyak rileks pun, stress dia boleh tahan woi. Yang malasnya tiap-tiap minggu mesti nak balik. Balik rumah tu memang best, heaven gila. Tapi penatnya? Duit tambangnya? Sakit badan? Sakit kaki? Perghh lepastu tak sampai 48jam pun kat rumah, rehatnya kat celah mana? Haaa tapi tetap juga nak balik. Kihkihh

Tapi tak bolehlah jauh-jauh dari rumah. Sebab kalau kat rumah, setiap pagi, petang, tengahari dan malam mesti aku jalan-jalan, tengok tv, lepak. Perghh bestnya saat tu. Sekarang duduk kat asrama, TV takde. Nak tengok TV pun kena pergi kedai makan. Hahaha pun bolehlah. Yang penting tak ketinggalan zaman (( lol )). Then dapur masak, peti ais semua kat sini lengkap, tapi tulah, kat tempat orang kan, rasa macam “alaa segannya nak masak”. Hahaha takut termasin or what. Sometimes citarasa orang nie lain-lain, so takutlah kalau ada yang kata sedap, ada yang kata tak. So belilah jelah bahan mentah yang terus goreng je like kentang goreng, nugget, hotdog and sebagainya. Bakat tu buarlah kita pendam sorang-sorang. Hahaha ajet ajet ayat. Puihh lol

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita dah kecilkan hati seseorang tanpa kita sedar. Maybe hati akak-akak senior, maybe hati classmate, maybe hati roommate and sebagainya. Aku minta maaf atas semua kesalahan aku selama aku belajar di Unikop nie. Aku hanya manusia yang sering melakukan kesalahan. Tiada manusia yang sempurna. Even aku sedar dalam diam aku sengaja sakitkan hati seseorang, tapi itu semua tak bermakna aku jahat. Tak tak. Don’t think like that k. Aku baik dekat orang yang baik dengan aku. And aku akan jahat dekat orang yang jahat dengan aku. Tak kisahlah orang nak kata apa, yang penting aku nak keadilan.


Habis sem nie, maybe aku tak sambung belajar dekat sini lagi. Aku nak apply poli pulak. Even Unikop nie under UiTM pun, pelajar Unikop dah dikira sebagai pelajar UiTM, tapi mungkin rezeki aku bukan kat situ lagi, nak pindah tempat lain plak. Ajet ajet kata nak merantau tapi taknak tempat yang jauh-jauh. Hahaha what this erna? K lantak lahh. Okay, I would like to say “goodbye” to my crush. Hahaha semoga jumpa 10 tahun akan datang, silap silap dah ada anak bini. Perghh patah seribu.  Hahaha kbhaii J



Tuesday, March 18, 2014

♬ Menunggu Hari ♬




♥♥♥   Assalamualaikum semuaaa   ♥♥♥



Wahh wahh, debaran untuk ambil result SPM makin dirasai. Ya Allah nervous nya! Semoga aku dengan kawan-kawan aku mendapat keputusan yang cemerlang. Amin Aminn Aminnnn :')

Siapa yang tak bahagia kalau dapat keputusan yang cemerlang. Mestilah bahagia, rasa nak memangis pun ada. Hahaha *macam over plak*. Btw, cuma takut dengan result Mathematics dan matapelajaran Information and Communication Technology. Bukannya apa, kalau Math tu lulus, insyaallah boleh capai, cuma takut tak dapat gred C ke atas. Sejujurnya Erna memang lemah Math.

Haa nak cerita pasal paper ICT plak, Ya Allah, sumpah macam nak menangis! Masa nak jawab exam tu, buka je paper, selak dulu semua soalan, dah mula putus asa, soalannya memang terlalu susah!!! Ya Allah, sampaikan Erna tengok kawan-kawan yang lain ada yang garu kepala, ada yang macam putus asa. Soalan yang tak dijangka akan masuk. Lepas je habis jawab paper ICT, kami semua (pelajar ICT) turun dari dewan dan jalan sama-sama sambil bincang pasal soalan tersebut. Ada yang jawab, dan ada yang tak jawab. Ketua kelas Erna "Shafiq Ismadi", dia cakap "Weyh korang, nanti kalau cikgu cakap senang ke susah, korang cakap senang tau!". Erna "Biar betul, susah gila kau boleh kata senang?". Shafiq "Alaa cakap jelah senang kat cikgu".

Hm sampai je kat tempat cikgu, cikgu dah senyum-senyum. Mestilah cikgu tanya susah ke senang right?, dengan keadaan yang risau, kiteorang cakap "senang cikgu". Ya Allah, rasa macam bersalah plak tipu cikgu, bukannya apa, taknak cikgu kecewa, penat cikgu mengajar, apatah lagi cikgu tengah mengandung, penat-penat ajar kiteorang, tapi tak dapat nak jawab. Feel so sorry. Hm apa pun, semoga keputusan untuk paper ICT lebih baik dari Trial SPM. Amin Amin Amin :)



Haaa ucapan nie khas untuk kawan-kawan kelas 5 Teknologi (2013) SMK Jugra. Sama ada aliran ICT atau ERT. Haaaa ucapan nie ikhlas dari hati okay. Hahaha ^^