Perhatian!

TERIMA KASIH KERANA MENYINGGAH DI BLOG INI. TETAPI ANDA DILARANG MENGGEDIK. CCTV DIATAS SEBAGAI BUKTI. HEHEHEHE

CCTV

Erna Shahira

Tuesday, August 27, 2013

Super Tupai ♥


Assalamualaikum semua ♥
Lama sudah tidak meng-update blog. Inilah masalahnya, bila dah buat blog, tapi tak tahu nak meng-update apa. Heee, apa-apa jelah. Erna buat blog nie pun just for fun. Mana taknya, jeleslah asyik stalker blog orang je, lebih baik buat blog sendiri. Haha ^^

Hari nie hari Selasa iaitu 27/08/2013. Oh maigoddd. Ini kenangan yang paling kelakar dalam hidup aku bersama dengan kawan-kawan kelas 5 Teknologi. Ini melibatkan dengan seekor tupai yang sibuk ajak kami main kejar-kejar. Haha, masing-masing ingat tu tikus, rupanya tupai je. lols xD

Ceritanya macam nie, kiteorang kelas 5 Teknologi kena masuk bilik Seni dekat bawah. Then bila dah habis waktu Seni, semuanya naiklah nak pergi kelas. Masuk je kelas, tetiba nampak tupai tu tengah lari laju dekat celah-celah meja guru. Ingatkan tupai tu dah keluar ikut tingkap, rupanya tupai tu still menyorok dekat meja guru. Tak lama lepas tu, tupai tu pun nak keluar dari situ, tapi dia macam mengejar kiteorang. Masing-masing menjerit sebab takut. Dah lah tupai tu lari laju, takut je terpijak. Ada yang takut sampai terlompat-lompat. Hahaha. Aku plak ? Aku kat belakang tengah gelak-gelak. Lepastu tupai tu datang kat tempat aku, aku pulak yang menjerit dan lagi sikit nak terlanggar Imran yang tinggi lampai tu. Ika plak lari-lari hampir terlanggar Daus. Hahaha sumpah memang kelakar. Bila tupai tu dah keluar dari kelas, ingatkan dah selamat, sempatlah tarik nafas sekejap sebab penat menjerit. Then tak lama lepastu, tupai tu datang balik. Alahai, menjerit lagilah kiteorang. Dah lah kelas 5 Geografi tengah belajar, kiteorang plak jerit-jerit. Hahaha damn! Sejak peristiwa tu, kiteorang dah fobia nak tengok tupai yang lompat-lompat kat pokok tu, kang tak pasal-pasal kena kejar lagi. Huh! Turun berat badan 1kg sebab kena kejar dengan tupai xD


Sekian Terima Kasih 



*Cerita ini sengaja ditulis untuk mengingati kawan-kawan kelas 5 Teknologi kalau kita berpisah nanti :(